Aplikasi (name of app can change later)dalaman untuk staf โ bikin invoice, simpan data pelanggan, catat barang dan harga, serta urus kerja seharian. Boleh dipakai di HP, tablet, atau komputer, terus dari browser. Inda payah install apa-apa.
WT Cashier Xpress Management ani adalah aplikasi kerja yang dipakai oleh staf dalaman syarikat โ bukan untuk orang awam. Ianya dibuat untuk memudahkan kerja harian macam bikin invoice, simpan nama pelanggan, catat barang yang dijual, dan pantau kerja sama-sama.
Bayangkan macam buku catatan syarikat, tapi versi digital. Semua staf yang diberi kebenaran boleh masuk guna email masing-masing. Setiap orang ada kerja sendiri โ sales uruskan pelanggan, admin tengok semua dan atur tim.
Yang paling bagus, aplikasi ani hidup โ maksudnya, kalau satu orang bikin invoice di HP-nya, orang lain yang ada kebenaran boleh terus nampak. Inda payah hantar gambar atau WhatsApp screenshot. Semua terus update.
Ringan, laju, dan boleh dipakai di banyak HP serentak. Satu orang bikin invoice, orang lain terus nampak. Inda payah kirim-kirim file atau screenshot. Kerja jadi lebih lancar, salah faham pun kurang.
Aplikasi ani khas untuk staf dalaman syarikat โ bukan untuk pelanggan atau orang luar. Ada dua jenis pengguna:
1. Sales โ staf yang kerja jualan, layan pelanggan, dan bikin invoice.
2. Admin โ orang yang atur tim, pantau kerja sales, dan tengok laporan.
Setiap orang ada kebenaran sendiri. Sales inda boleh tengok kerja sales lain. Admin pulang boleh nampak semua. Barang siapa masuk mesti pakai email yang sudah didaftar dan disetujui.
Yang semua staf boleh pakai
Inda payah install apa-apa. Cukup buka browser, taip alamat, terus jalan. Senang macam buka Facebook saja.
Kalau line inda ada, aplikasi tetap boleh dibuka. Data tersimpan dalam HP dulu, dan bila internet balik, ia auto hantar ke server. Inda payah bimbang kerja terhenti.
Tinggal ketuk "Tambah ke Skrin Utama" (Add to Home Screen), ikon pun muncul di HP. Lepas ani senang nak buka, macam aplikasi biasa.
Daftar sekali, boleh pakai di mana-mana. Password disimpan dengan cara yang selamat โ bukan dalam bentuk asli.
Ada sistem yang periksa sama ada yang cuba masuk ani betul-betul manusia atau robot. Jadi akaun palsu inda senang nak masuk.
Butang dan tulisan disusun rapi. Staf baru pun boleh belajar guna dalam masa beberapa minit saja.
Setiap bahagian ada warna sendiri โ biru untuk invoice, hijau untuk pelanggan, dan lain-lain. Senang nak cari bila tengah laju.
Bagi yang kerja jualan dan layan pelanggan
Cukup isi nama pelanggan, tambah barang, harga pun auto kira. Boleh simpan sebagai draf dulu, atau terus jadikan invoice penuh.
Invoice boleh terus dicetak atau disimpan sebagai fail PDF. Susunannya rapi, terus sesuai dihantar ke pelanggan.
Data pelanggan disimpan sekali sahaja. Bila nak bikin invoice lagi, tinggal pilih nama. Inda payah taip balik dari awal.
Catat barang atau servis yang selalu dijual, sama dengan harganya. Bila bikin invoice, tinggal pilih dari senarai.
Bila pelanggan sudah bayar, sales boleh tandakan pada invoice. Terus masuk dalam laporan admin.
Invoice dan pelanggan yang kamu bikin, kamu saja yang nampak. Sales lain inda boleh intai. Ini jaga hak dan privasi setiap orang.
Kalau admin bagi arahan atau teguran, notifikasi muncul dalam aplikasi. Ada ikon loceng di kanan bawah supaya inda terlepas.
Ada kolum carian. Taip nama atau nombor invoice, terus jumpa. Inda payah scroll jauh-jauh.
Boleh nampak berapa banyak invoice sudah dibuat, berapa yang sudah dibayar, dan berapa yang belum. Senang nak ukur pencapaian sendiri.
Kalau pelanggan minta tunggu kejap, boleh simpan draf. Bila sambung balik, semua masih ada โ inda payah mula dari awal.
Atur tim dan pantau kerja sales
Kalau ada sales baru daftar, admin boleh luluskan atau tolak. Sales baru cuma boleh masuk setelah diluluskan. Ini jaga keselamatan syarikat.
Admin boleh nampak kerja semua sales dalam satu tempat. Senang nak pantau prestasi setiap orang.
Tapis invoice yang sudah dibayar ikut tempoh: mingguan, bulanan, atau tahunan. Senang nak tahu berapa masuk dalam satu-satu masa.
Laporan kewangan boleh dimuat turun dalam format CSV. Terus boleh dibuka dalam Excel atau Google Sheets.
Kalau ada sales yang perlu diingatkan, admin boleh hantar pesan terus. Muncul sebagai notifikasi dalam HP sales.
Ada catatan automatik: siapa bikin invoice, siapa diblokir, siapa dikasih pesan. Semua tercatat rapi, senang nak rujuk bila ada masalah.
Kalau ada masalah, sales boleh diblokir. Datanya tetap selamat, dan boleh diaktifkan balik bila-bila masa.
Kalau ada sales yang berhenti, semua pelanggan dan invoice-nya boleh dipindah ke sales lain. Inda ada data yang hilang atau tergantung.
Kalau HP sales hilang atau ada masalah keselamatan, admin boleh terus putuskan sesi login dari jauh. Selamat, inda payah tunggu.
Admin boleh tentukan siapa boleh buat apa. Contoh: ada sales yang boleh bikin invoice saja, ada yang boleh urus pelanggan sekali.
Kalau ada sales yang terlupa password, admin boleh bantu reset. Inda perlu tunggu lama atau susah-susah.
Admin boleh tengok sama ada sistem sihat atau ada masalah. Kalau ada gangguan, senang nak tahu dan atasi.
Perlindungan data dan akaun staf
Password staf inda disimpan dalam bentuk asli. Meskipun ada yang cuba curi, password tetap selamat.
Kalau HP tertinggal dan inda disentuh 15โ20 minit, aplikasi auto logout sendiri. Ini jaga keselamatan kalau HP hilang.
Kalau ada yang cuba masuk berulang kali dengan password salah, sementara diblokir automatik. Ini halang serangan cuba-cuba.
Ada pemeriksaan automatik untuk pastikan yang daftar dan masuk ani betul-betul manusia, bukan bot.
Sales inda boleh nampak kerja sales lain. Admin saja yang boleh nampak semua. Ini jaga rahsia kerja setiap orang.
Kalau ada apa-apa berlaku, boleh tengok balik siapa buat apa dan bila. Susah nak buat salah tanpa diketahui.
Inda payah difikirkan, tapi bagus untuk tahu
Setiap kali bikin invoice atau simpan pelanggan, data terus dihantar ke server. Jadi boleh dibuka dari mana-mana HP asalkan ada kebenaran.
Kalau buka di HP lain, data yang sama terus muncul. Inda payah kirim-kirim fail.
Kalau internet mati tengah-tengah kerja, data tetap tersimpan dalam HP. Bila online balik, ia auto hantar ke server.
Sistem catat semua kegiatan penting. Berguna kalau ada masalah yang perlu ditelusuri.
Aplikasi ani inda berat. HP biasa pun boleh buka dengan laju. Inda makan banyak ruang.
Kalau ada penambahbaikan, staf inda payah install semula. Buka saja, terus dapat versi terbaru.
Catat dan urus barang yang dijual
Cukup isi nama barang, harga, dan keterangan ringkas. Terus boleh dipakai untuk invoice.
Kalau harga barang naik atau turun, admin boleh kemas kini. Invoice baru auto ikut harga terbaru.
Barang boleh dibahagikan ikut kategori โ contoh makanan, minuman, servis. Senang nak cari.
Kalau ada barang yang perlu diingatkan โ contoh "harga boleh runding" โ boleh simpan dalam nota.
Kalau ada barang yang inda lagi dijual, boleh ditanda sahaja. Data lama tetap ada untuk rujukan.
Tengok macam mana kerja berjalan
Boleh tengok berapa banyak jualan hari ani. Senang nak tahu prestasi harian.
Admin boleh tapis laporan ikut sales tertentu. Senang nak nilai prestasi setiap orang.
Boleh tengok pelanggan mana yang paling kerap beli. Berguna untuk rancang strategi.
Senang nak tahu siapa yang belum bayar. Boleh follow-up dengan pantas.
Pilih tarikh mula dan tarikh akhir. Laporan pun siap untuk dibuka dalam Excel.